



Buku teks SPBT merupakan satu hadiah dari kerajaan khas untuk kita semua rakyat Malaysia. Berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan dan memberi keselesaan kepada semua rakyat. Ini selaras usaha kerajaan untuk mengelakkan keciciran pembelajaran di kalangan rakyat. Selaras usaha murni kerajaan ini, kita sebagai rakyat yang taat dan setia dan sayang akan negara kita, sepatutnya menghargai pemberian ini sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan kita. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghargai dan menyayangi pemberian ini dengan cara menjaga buku tersebut sebaik mungkin. Justeru itu, pihak sekolah mengadakan kempen "Sayangi Buku Teks Anda Sepanjang Masa". Kerjasama tuan/puan amat diperlukan untuk bersama-sama memastikan buku teks anak tuan/puan sentiasa ada dan mencukupi, membalut buku teks menggunakan plastik pembalut, menulis nama anak anda berserta nama kelas dan tahun pada ruang bercop yang disediakan. Pastikan juga buku anak anda tidak diconteng, dikoyak, atau ditinggalkan di merata-rata tempat. Pihak sekolah akan mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa. Sebarang kehilangan atau kerosakan buku mestilah segera dilaporkan kepada guru kelas atau guru SPBT atau Penolong Kanan HEM. Keprihatinan anda dapat membantu kami memberi perkhidmatan yang terbaik.