Sunday, February 22, 2009

KEMPEN "SAYANGI BUKU TEKS SPBT ANDA"

Sepintas lalu bersama Unit SPBT SKS2BK....

Semakan borang data SMM/BMM untuk menentukan kelayakan murid.

Pemantauan penjagaan buku oleh guru kelas.Pengesahan semakan oleh PK HEMLawatan pemantauan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan Jabatan Pelajaran Daerah Petaling Perdana.

Lawatan pemantauan oleh pegawai-pegawai dari semua daerah di negeri Selangor.

Lawatan pemantauan oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penyerahan Buku Teks SPBT kepada ibu bapa

Memproses buku-buku baru dan membaikpulih buku-buku lama oleh guru-guru SKS2BK

Turut dibantu oleh PIBG dan murid-murid ( ahli kelab SPBT SKS2BK)

Buku yang siap diproses sedia untuk diberi kepada murid.

Penghantaran buku baru oleh pihak pembekal.

Buku-buku baru dibawa masuk ke Bilik BOSS SPBT SKS2BK.

Proses pelupusan buku-buku lama (buku Pendidikan Agama Islam) oleh Guru Besar, PK HEM, Guru-guru SPBT dan murid Kelab SPBT.

Buku teks SPBT merupakan satu hadiah dari kerajaan khas untuk kita semua rakyat Malaysia. Berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan dan memberi keselesaan kepada semua rakyat. Ini selaras usaha kerajaan untuk mengelakkan keciciran pembelajaran di kalangan rakyat. Selaras usaha murni kerajaan ini, kita sebagai rakyat yang taat dan setia dan sayang akan negara kita, sepatutnya menghargai pemberian ini sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan kita. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghargai dan menyayangi pemberian ini dengan cara menjaga buku tersebut sebaik mungkin. Justeru itu, pihak sekolah mengadakan kempen "Sayangi Buku Teks Anda Sepanjang Masa". Kerjasama tuan/puan amat diperlukan untuk bersama-sama memastikan buku teks anak tuan/puan sentiasa ada dan mencukupi, membalut buku teks menggunakan plastik pembalut, menulis nama anak anda berserta nama kelas dan tahun pada ruang bercop yang disediakan. Pastikan juga buku anak anda tidak diconteng, dikoyak, atau ditinggalkan di merata-rata tempat. Pihak sekolah akan mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa. Sebarang kehilangan atau kerosakan buku mestilah segera dilaporkan kepada guru kelas atau guru SPBT atau Penolong Kanan HEM. Keprihatinan anda dapat membantu kami memberi perkhidmatan yang terbaik.