Thursday, June 19, 2008

PENGENALAN KELAB SPBT SKS2BK

Kelab SPBT SKS2BK mula ditubuhkan pada Januari 2007 dan didaftarkan sebagai salah satu kelab yang beroperasi bersama unit-unit lain kokurikulum. Penubuhan kelab SPBT ini adalah diharapkan agar dapat menjadi satu unit yang aktif yang dapat menyumbangkan ilmu dan pengalaman kepada murid untuk menjadi insan yang seimbang dalam pelbagai bidang.

Selain itu, penubuhan kelab SPBT ini juga adalah bertujuan untuk membantu pengurusan dan pelaksanaan Unit Skim Pinjaman Buku Teks di sekolah. Kewujudan kelab ini diharapkan agar dapat memupuk sikap cinta akan buku teks di kalangan murid sekolah ini dan seterusnya memartabatkan kedudukannya sebagai sumber khazanah ilmu.

No comments: