TUGAS / TANGGUNGJAWAB
GURU PENOLONG KANAN HEM
1. MEMBANTU GURU BESAR DALAM PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN SPBT DI SEKOLAH;
2. MENELITI DAN MELAKSANAKAN SEMUA ARAHAN YANG BERKAITAN SPBT;
3. MERANCANG PENGURUSAN SPBT DI SEKOLAH;
4. MENYEDIAKAN DAN MEMATUHI TAKWIM SPBT SEKOLAH;
5. MENYEDIAKAN DAN MENYIMPAN MAKLUMAT SPBT;
6. MEMASTIKAN PEMPROSESAN DAN KELULUSAN KELAYAKAN PINJAMAN BUKU SPBT DILAKSANAKAN OLEH JAWATANKUASA SPBT MENGIKUT PROSEDUR YANG DITETAPKAN;
7. MENGANGGOTAI JAWATANKUASA SPBT SEKOLAH;
8. MENGHADIRI TAKLIMAT/KURSUS DAN BEKERJASAMA DENGAN PPG/PPD/PPDK/JAIN/JPN/BBT BERKAITAN PROGRAM SPBT;
9. MEMASTIKAN SEMUA DATA DAN MAKLUMAT YANG DIKEMUKAKAN ADALAH BENAR DAN TEPAT;
10. MENERIMA BEKALAN BUKU TEKS DARIPADA PENERBIT DAN MEMASTIKAN BUKU-BUKU TERSEBUT DIREKODKAN DI DALAM BUKU STOK DAN MENYEMAK BUKU STOK AGAR SENTIASA DIKEMASKINI;
11. MEMASTIKAN SEMUA MURID YANG LAYAK MENERIMA BUKU TEKS SELEWAT-LEWATNYA MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN;
12. MENJALANKAN PEMERIKSAAN FIZIKAL BERKALA KE ATAS BUKU TEKS;
13. MELAPORKAN TENTANG LEBIHAN DAN KEKURANGAN BUKU DAN MEMASTIKAN BUKU YANG BERLEBIHAN DIHANTAR
KE STOR PUSAT;
14. MEMASTIKAN PELUPUSAN BUKU TEKS DIBUAT DARI SEMASA KE SEMASA;
15. MEMBUAT TINDAKAN SUSULAN TERHADAP TEGURAN DAN LAPORAN BERHUBUNG PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN SPBT.
No comments:
Post a Comment